MENDAKI BUKIT PANORAMA

Asalamualaikum w.b.t kalini saya akan share dengan korang pengalaman mendaki bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing Kuantan Pahang bertarikh 15/2/2020 pada hari sabtu time tengah ramai orang nak berdaki























Kami bertolak ke sana dari Tanjung Lumpur sekitar pukul 5 pagi punyalah semangat kita orang pergi sampai ayam pon tak bangun lagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40minit. Kiteorg pergi berlima dengan menaiki kereta . Sampai disana orang telah ramai dikaki bukit untuk tengok pemandangan iindah matahari terbit dari timur. Kami decide untuk naik selepas azan subuh iaitu pukul 6 tepat.

So untuk mengisi waktu lapang menunggu waktu solat kiteorg makan roti yang dibeli di 7E bagi mengelakkan kekurangan tenaga dah lah time tu semua yang pergi tak tido akibat tanak terlepas terbit matahari punya pasal. Selepas siap solat subuh kiteorg tak banyak cakap terus naik tanpa membuat regangan sakit kaki tangung sendiri. Jalan daki kat situ tersangat gelap dan mujurlah kiteorg bawa phone boleh guna flashlight so tiada masalah. Cuaca masa tu alhamdulillah memang nice tak mendung apatah lagi hujan.

Pakaian kiteorg masa tu hoodie boh memang berkicap berpeluh nak mendaki


After 5 minit mendaki pergh terasa kaki lenguh gila. Mana tak lenguh tangga lebih kurang 35 darjahAku dah jarang mendaki ni jogging pon susah nak buat. Tapi aku kuatkan semangat nak mendaki nak capai goal 2020. Keadaan  kt situ memang sunyi sepi bunyi nafas mulut je time tu paling kuat. Member yang lain semua kt belakang ambil angin aku nk tunjuk hero terus mendaki ambil angin pon sekejap

Hampir 20minit mendaki baru lah sampai ke puncak atau pengakhiran tangga tersa lega yang teramat. Tapi sedar2 kawan saya hilang dari pandangan. Lama juga tunggu kawan saya naik. Sementara tunggu kawan naik saya lepak kat pondok kt situ nak hilangkan letih. Dalam 10minit macam tu baru muncul 2 org kawan saya selang 5 minit baru sampai 2 org lagi

Lepas semua dah berkumpul kt atas baru bertolak ke view sunrise dipuncak bukit sebenar. Jalan menuju ke situ tiada lagi bertangga semua tanah. 5minit perjalanan finally sampai puncak bukit dalam pukul 6.40 pagi matahari tak naik suasana pon gelap lagi. First aura pemandangan kt situ Masya Allah mmg terpaku cantik sangat tengok lampu kat bawah dan kabus tebal macam kat atas awan


Lepas 40 minit kat atas puncak sekali ambil gambar semua kiteorg decide nak turun dan terus pergi ke Sungai Lembing untuk bermandi manda nak basah kan badan selepas turun bukit. Masa nak turun bukit terasa ketar lutut. Dalam fikiran kalau terkondeng ni mau jatuh bergolek so pegang erat lah pemegang tangga tu.

Sampai sungai lembing terus buka baju terus mandi time tu tak ramai langsung kt port kiteorg mandi tu. Sejuk air memang tersa tulang. Tak sampai 30minit mandi semua ajak balik sebab masing2 penat dengan tak tidurnya.

Dalam perjalanan balik tu singgah kt kedai area kampung padang untuk makan pagi. Lepas siap terus balik rumah terbungkang tidur.......






Comments

Popular posts from this blog

5 Fakta Tentang Peredaran Darah Manusia

TARZAN AIR TERJUN BERKELAH

5 Artis Terkaya di Dunia Part 2