Pengalaman Kerja di Teluk Cempedak Part 3

Part 3

Selepas 1 bulan saya bekerja abg syed menyuruh saya menjaga kedai di tepi pantai sebagai peganti pekerja lain apabila cuti. Kedai tepi pantai ni adalah tempat menjual gelang, keychain, mainan budak, cincin. Beza kedai tepi pantai dengan kedai yang saya jaga sebelum ni adalah kedai tepi pantai mempunyai pelbagai jenis bentuk cincin, gelang, tempat ukir cincin dan tempat membuat tulisan keychain
Image result for kedai keychain teluk cempedak
disini lah lokasinya tapi ni gambar lama
Kedai tepi pantai ni kalau hari minggu memang sangat sibuk berbeza bagi kedai yang saya jaga sebelum ni yang kurang sibuk. Gaji saya masa tu tepat2 RM1k sebulan. Lepas 5 bulan saya kerja saya ambil tindakan untuk berhenti kerja disebabkan beberapa perkara yang boleh menyebabkan gangguan belajar

Perkara yang susah waktu saya belajar sambil kerja ni adalah pengurusan masa sebab kalau tak pandai jaga masa akan ada assignment yang tidak dibuat. Kedua ialah tidak cukup tido sebab jenis saya bila balik kerja pukul 1 pagi saya bukan senang baring terus tido mesti akan terpikir untuk besok dan main phone. Lepastu akan ada tidak hadir ke kelas kalau pergi pon confirm tido dalam kelas last2 apa pon tadak. Ketiga ialah tiada masa untuk buat aktiviti lain. Ada satu hari tu kawan-kawan rumah semua pergi berkelah kat air tejun saya sorang saja tidak ikut memang rasa kecewa lah time tu. keempat ialah faktor jauh jarak tempat kerja dengan rumah penat woo

Pekara best masa saya kerja sambil belajar ni ialah sudah pasti mempunyai banyak duit boleh berbelanja lebih. Kedua  kita dapat ramai kawan baru. Ketiga dapat belajar bende baru

Kesimpulan

Kesimpulanya daripada pengalaman saya ni ialah kerja sambil belajar ni tidak menyebabkan gangguan belajar sebaliknya diri kita sendiri yang perlu belajar menguruskan masa dan yang paling penting rajin dan disiplin kita menjaga waktu. 












Comments

Popular posts from this blog

5 Fakta Tentang Peredaran Darah Manusia

TARZAN AIR TERJUN BERKELAH

5 Artis Terkaya di Dunia Part 2