Pengalaman Kerja di Pantai Teluk Cempedak Part 2

Part 2

Keesokkan harinya lepas balik dari kelas petang terus saya balik rumah sekejap utk mandi dan solat asar dan terus pecut pergi ke tempat bekerja iaitu di expo Teluk Cempedak. First day kerja mesti kena on time mana boleh lambat kalau lambat tak hormat bos pulak. Saya lapor diri kt abg syed dan dia terus bawa saya kt satu kedai ni. Kedai ni nampak macam berabuk pada masa tu mungkin lama tak buka, Jadi first task saya adalah kena kemaskan kedai tu dulu ikut keselesaan sendiri.

Kedai tu mula-mula penuh dengan baju bundle antaranya costume budak-budak ,costume haiwan dan lain-lain. Lepastu abg Syed tu suruh saya tambah mainan budak-budak, gelang handmade, rantai, barangan cenderahati dan sebagainya

Image result for kostume animal
macam ni lah costume tu
Mula-mula saya kerja situ rasa malu sangat sebab saya tak biasa comunicate sebagai penjual itu kali pertama saya jadi sebagai jurujual. First sale saya time tu 10 ringgit sahaja sebab tidak reti teknik untuk promote barang jualan. Tapi lama kelamaan saya belajar sedikit sebanyak daripada abg Syed cara menghilang kan rasa malu ketika menjual.  Barulah sales saya ada peningkatan daripada sebelum ini.

Disitu banyaklah saya belajar cara nak buat pelbagai gelang, cara mengukir nama di cincin dan lain-lain.Selepas 2minggu, abg syed suruh jaga kedai waffle kt teluk cempedak, sebagai peganti pekerja kedai tu ketika dia bercuti. So saya kerja lah kt situ dalam seminggu sekali. Dekat situ macam-macam juga saya belajar cara buat tepung waffle buat ice blend dan lain-lain.

Tapi perbezaan buat gelang dengan waffle ni beza dia cara jual tu. Kalau jual waffle tidak perlu sangat untuk bercakap atau melayan pelanggan tapi kalau buat gelang kena pandai promote barang tu ada tawar menawar dan melayan karenah pelanggan.


Bersambung part 3


Comments

Popular posts from this blog

5 Fakta Tentang Peredaran Darah Manusia

TARZAN AIR TERJUN BERKELAH

5 Artis Terkaya di Dunia Part 2