Pengalaman Kerja di Pantai Teluk Cempedak

Asalamualaikum w.b.t  hari ni saya nak share kt korang semua tentang pengalaman kerja aku di pantai teluk cempedak.


Image result for teluk cempedak


Saya bekerja di pantai teluk cempedak ni waktu tahun 2019. Saya kerja lebih kurang setengah tahun bermula bulan 2 sampai lah bulan 7. Ya memang x lama tapi cukup pelbagai rasa, penat, pengalaman bermacam kerja yang saya buat kt situ antaranya jual cenderamata, bundle, kiosk makanan. Tambahan pula masa tu saya tengah belajar ambil asasi kt UNITAR nk cari duit poket lebih.

Saya dapat tahu yang ada kerja kosong kt teluk cempedak ni tahu drpd group cari kerja kuantan telegram.So saya pon contact lah no yg tertera. kalau siapa kenal abg syed dialah owner kedai waffle kt situ. Lepas saya contact abg syed dia terus suruh saya datang interview kt kedai dia pukul 9mlm

Besoknya saya pon gi,(first time interview kerja gugup jgk)Saya x dtg berseorangan masa tu saya dtg dgn tarzan gue yg dtg utk support ceyy...xde lah dtg utk lepak kt teluk cempedak je. Mula2 saya tercari jgk dimana kedai dia ni sbb saya masa tu first time dtg kt expo teluk cempedak. Hampir 15 minit jgk sya cari baru lah jumpa kedai nya dekat dengan tempaat permainan budak rupanya mujur saya standby dtg awal xde lah lambat interview tu nnti.

Saya masa tu tanya pekerja dia nk jumpa abg syed. Dia pon terus saya duduk dulu sbb dia nk panggil. 2 minit macam tu abg syed terus salam saya pastu tanya ni farhat tu ke(nama saya). Sya pon haah lah. Dia pon tanya umur berapa ,tinggal mana, ada kenderaan tak, boleh kene marah tak, pamdai buat tak waffle, jagung manis, ice blend ni...Saya pon cakap jujur xde pengalaman lagi buat benda tu. Dia pon cakap ok lh. Lepas settle pertanyaan tu diapon suruh balik dulu nnti dia call balik. Saya mula2 ingat xdpt ni sbb xde pengalaman kerja. Tiba2 tidak lama lepastu dlm pukul 12 pagi tu die call suruh dtg kerja besok pukul 5.

So bermula lah cabaran baru sebagai pengejar masa....Jumpa lagi besok utk sambungan

Comments

Popular posts from this blog

5 Fakta Tentang Peredaran Darah Manusia

TARZAN AIR TERJUN BERKELAH

5 Artis Terkaya di Dunia Part 2