TARZAN AIR TERJUN BERKELAH
Assalamualaikum
dan salam sejahtera, sebelum saya menceritakan pengalaman saya sepanjang saya
bercuti bersama tarzan, saya ingin memperkenalkan diri saya dan latar belakang
diri saya. Nama saya Muhammad Nurfarhat bin Sabarudin Saya merupakan pelajar UNITAR
dan memegang nombor matrik CK190909948 dan no ic 1234. Saya tinggal di hostel kolej
bersama dengan beberapa kawan saya.
Air Terjun Berkelah
Pada mulanya saya tidak merancang
untuk pergi memandangkan pada haritu saya ada kelas management information
system tetapi nak dijadikan cerita saya pulang ke hostel ketika kawan-kawan
saya tengah packing barang untuk pergi disana, saya menyangkakan kawan saya
bergerak pagi tapi tak maybe bangun lambat kot. So kawan2 saya offer saya untuk
pergi sekali memandangkan saya free pada petang itu (biarpun banyak assignment😊). Kitorang
seramai 5 orang bergerak dari Peramu Baru dan terus ke Gambang. Air terjun
Berkelah terletak di daerah Maran and sebelum sampai Kuantan Kiranya lepas Zohor
baru ke Air Terjun Berkelah. Laluan nak ke Air Terjun Berkelah ni mudah je.
Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Kuantan akhirnya
kitorang sampai ke Air Terjun Berkelah. Memang aku ada baca blog sebelum ni
kalau korang nak ke Air Terjun Berkelah ni kena sewa lori or pickup untuk
sampai sebab jambatan dia runtuh. Tapi Alhamdullilah, time kitorang datang
jambatan tu dah pon di repair and dah boleh akses dengan mudah. So bermulalah
ekspedisi mencari air terjun 7 tingkat yg famous ni.
On the way stage by stage
Setelah tiba di tapak air terjun suasana disana tersangat nyaman
sejuk2 gitu even dh petang disebabkan bla2…. Pengunjung disana pada waktu itu
memang x ramai sbb kiteorang pergi waktu kerja jadi memang best lah buat mcm air terjun sendiri.
Jam masa tu 4.45 petang so kiteorg taknak delay terus ikut jalan yg disediakan otw nak ke air terjun peringkat 7 tu. Kiteorg malas nak mandi kt air terjun bawah2 ni tak lelaki lah xde adventure ceyyyy dah lh x dalam kalau mandi situ baik mandi kt rumah semut mandi pun x lemas😜 Dalam perjalanan nk gi stage 2 jalan bersimen mcm nk gi berjogging memang nice. Selepas jumpa papan tanda amaran bahaya yang ke-2 xde dh jalan besimen semua tanah. Suasana memang sunyi sepi masing2 xnk galok2 sbb ingat pesan monyang dulu2 sampaikn harimau tu digantikan cik meow.
menuju kebuntuan
Hampir 30minit berjalan habis lecun baju bunga (mistake aku sbb x pakai baju sesuai). Bila penat ni macam mikir masa tu...kalau jumpa tu jumpa ni nak lari ke nak keras..mcm tu lah dalam fikiran mase tu. Masing-masing dh lecun baju mana x nya pakai baju batik masuk hutan ingat yb lawat adun gamoknye pstu kiteorg decide utk patah balik memandang hari makin nak gelap takut x sempat mandi dan beberapa faktor lain seperti pakaian x sesuai, xde pengalaman pergi sebelum ni yg bahaya tu buat nye salah jalan nauzubillah. JADI kiteorg patah balik mandi kt peringkat 1😂 sbb x nak ambil risiko
posing lu
Nak x nak terpaksa lah mandi kt tempat semut mandi x lemas peringkat 1😌 Pastu ade satu family ni semua pandang ke arah kiteorg mcm kiteorg buat salah padahal patah balik je pun
Gambar mandi ni je sempat cover
Credit Scene😂
Dalam perjalanan nak menuju kereta kiteorg suggest bergambar kt titi utk penutup.Siap sesi bergambar saya pun makan sebab lapar sangat. Tgh sedap makan tibe geng2 monyet dtg serang nk makanan saya pon tercampak semua makanan kt dalam polistrin tu x tinggal ape😢 dan berlapar lah saya dalam perjalanan balik😔
sebelum dikhianati
selepas dikhianati oleh monyet
Ending
Btw short vacation kalini not bad even x lepas hajat nak gi peringkat atas tu. Pesanan kalau nk pergi tu pastikan pakai pakaian yg sesuai(jangan ngada nk pakai hoodie), bawak org yg lebih berpengalaman dengan tempat ni(ni tak jumpa lipas pon lari), pastikan bawak makanan alas perut(awas monyet gais) dan yang paling penting pergi waktu PAGI.
Balik yuk
Haa ada sorang lagi yg xde kt gambar die yg ambik gambar kiteorg
ok ini die photographer kiteorg, student multimedia power ni ambik gambar
p/s: tarzan tu ade lah kiteorg, tarzan versi baru masuk hutan😂








Power
ReplyDelete